Seperti PlayStation, Xbox juga mempunyai beberapa perkhidmatan langganan berbeza iaitu Xbox Game Live yang boleh dikatakan sama dengan PlayStation Plus dan Xbox Game Pass yang boleh dikatakan seperti PlayStation Now, namun Microsoft juga hadir dengan Xbox Game Pass Ultimate yang menyertakan kedua-dua perkhidmatan di dalam satu langganan.

Berdasarkan laporan oleh Bloomberg, PlayStation tampaknya bercadang untuk melakukan perkara yang sama. Mereka dikatakan ingin mengumumkan langganan baharu yang akan menggabungkan PlayStation Plus dan PlayStation Now.

Perkhidmatan ini juga akan menyertakan tiga tahap iaitu tahap pertama menyertakan PS Plus seperti sedia ada, tahap dua yang menyertakan koleksi permainan PlayStation 4 dan PlayStation 5 manakala tahap seterusnya akan juga menyertakan penstriman serta permainan klasik dari PS ke PSP.

Sony juga dikatakan akan mengekalkan jenama PS Plus akan tetapi bercadang untuk tidak lagi menggunakan jenama PS Now. Buat masa ini tidak disahkan lagi bila pengumuman rasmi akan dilakukan, ataupun jika ia akan ditawarkan secara menyeluruh kerana buat masa ini PS Now hanya ditawarkan di beberapa negara sahaja.

Sohor Kini