Dying Light 2 sebelum ini telah beberapa kali tertunda sebelum mendapat tarikh terkini iaitu 4 Februari 2022. Melalui pengumuman terbaru oleh Techland, tampaknya ia tidak lagi akan tertunda apabila mereka mengumumkan yang Dying Light 2 kini siap dibangunkan.

Walaupun ia sudah bersedia untuk dimainkan, mereka juga mengatakan yang akan terus memastikan ia akan tiba dengan sebaik yang boleh, mungkin akan dijadikan sebagai kemaskini hari pertama apabila dilancarkan kelak.

Selain itu, Techland juga telah berkongsi video bentuk permainan baharu yang memperlihatkan lebih kurang 16 minit sesi bermain permainan tersebut yang anda boleh tonton di bawah.

Dying Light 2 adalah permainan susulan kepada Dying Light yang dikeluarkan pada tahun 2015, di mana ia akan berlaku 20 tahun selepas permainan tersebut. Ia diumumkan akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini