PlayStation hari ini telah mengumumkan senarai pemenang untuk anugerah PlayStation Partner Awards 2021 iaitu acara tahunan di mana mereka memberi anugerah kepada permainan yang menjana pendapat tertinggi untuk permainan yang dibangunkan di Jepun dan Asia dan juga luar.

Seperti tahun-tahun lepas, mereka menyertakan tiga anugerah berbeza iaitu Grand Award, Partner Award dan Special Award.

Grand Award diberikan kepada permainan yang dibangunkan di Jepun atau Asia yang menjana pendapatan paling tinggi secara global sepanjang Oktober 2020 sehingga September 2021.

Bagi anugerah ini tiga permainan yang mendapatnya iaitu;

  • Genshin Impact – Mihoyo
  • Resident Evil Village – Capcom
  • eFootball PES 2021 – Konami

Partner Award diberikan kepada permainan yang dibangunkan di Jepun atau Asia yang antara menjana pendapatan tertinggi secara global sepanjang Oktober 2020 sehingga September 2021.

Permainan yang memenangi Partner Award adalah seperti berikut;

  • Tales of Arise – Bandai Namco
  • Final Fantasy VII Remake Integrade – Square Enix
  • Final Fantasy XIV – Square Enix
  • Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 – Bandai Namco
  • NieR Replicant ver 1.22474487139 – Square Enix

Manakala Special Award pula diberikan kepada permainan yang dibangunkan luar Jepun/Asia yang mendapat pendapatan tertinggi di Jepun dan Aisa bermula pada Oktober 2020 sehingga September 2021.

Senarai Pemenang untuk Special Award adalah;

  • Apex Legends – Respawn Entertainment
  • Sakuna: of Rice and Ruin – Marvelous Inc
  • Devil May Cry 5 Special Edition – Capcom

Anda boleh tonton video pengumuman penuh untuk anugerah ini di bawah.

*artikel dikemaskini untuk menyertakan pemenang bagi anugerah Grand Awards

Sohor Kini