Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon Awkwafina? Beliau adalah seorang pelakon komedi yang terkenal dalam banyak siri TV seperti Kim’s Convenience, filem Crazy Rich Asian, Raya and the Last Dragon atau yang terkini Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings.

Beliau baru-baru ini turut dilaporkan akan menyertai Nicolas Cage dan Nicholas Hoult dalam filem Renfield. Ia adalah filem seram memfokuskan watak Renfield iaitu pesakit mental yang juga merupakan pembantu Dracula. Nicolas adalah Dracula, Nicholas pula adalah Renfield dan watak Awkwafina pula masih dirahsiakan.

2G8D6J7 SHANG-CHI ET LA LEGENDE DES DIX ANNEAUX SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS 2021 de Destin Daniel Cretton Awkwafina. d’apres les personnages cre

Filem ini adalah di antara filem yang sepatutnya berada dalam dunia Dark Universe yang gagal. Filem seperti The Mummy versi Tom Cruise, Invincible Woman, atau juga filem filem raksasa Channing Tatum dan mungkin juga filem Jekyll and Hyde berkait antara satu sama lain.

Dengan Awkwafina dalam filem seram, filem ini mungkin akan menjadi filem seram serius dengan Awkwafina sebagai watak yang menenangkan keadaan dengan aksi lucu beliau. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini