Nintendo telah mengumumkan satu lagi permainan Nintendo 64 akan disertakan untuk pelanggan Nintendo Switch Online + Expansion Pack iaitu Paper Mario yang pertama kali dikeluarkan untuk platform tersebut pada tahun 2000.

Pelan baharu untuk Nintendo Switch Online ini diperkenalkan pada bulan Oktober lepas yang akan menambah dua lagi platform untuk permainan percuma iaitu Nintendo 64 dan SEGA Genesis. Anda boleh baca maklumat lanjut mengenainya di pautan ini.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langganan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144). Manakala untuk ‘+ Expansion Pack’ ditawarkan dengan harga $49.99 (~RM209) untuk setahun bagi pelan individu dan $79.99 (~RM332) 

Sohor Kini