Tune Talk telah mengumumkan penganjuran acara esukan Influencer Championship yang akan menyertakan tiga permainan iaitu Call of Duty Mobile, Mobile Legends Bang Bang dan PUBG Mobile, selain membuka pendaftaran kepada semua, ia juga akan melibatkan pencipta kandungan popular seperti Master Ramen, Rose Gaming dan JanuaryAKG.

Pendaftaran untuk Call of Duty Mobile sudah ditutup, manakala Mobile Legends masih lagi boleh dilakukan sehingga 9 Disember 2021 manakala untuk PUBG Mobile ia akan dibuka pada 10 hingga 16 Disember 2021. Pendapftaran dan maklumat lanjut boleh dilakukan melalui pautan ini.

Selain berpeluang untuk bermain bersama dengan pencipta kandungan, pemain yang menyertai juga akan merebut hadiah terkumpul sebanyak RM18 ribu. Kejohanan ini akan distrim secara langsung di laman Facebook Tune Up Community Cup.

Sohor Kini