Epic Games Store minggu ini menawarkan dua permainan percuma iaitu Dead by Daylight seperti yang diumumkan pada minggu lepas dengan tambahan satu lagi permainan iaitu while True: learn (). Kedua-dua permainan ini boleh ditebus bermula sekarang sehingga 10 Disember 2021.
Dead by Daylight adalah permainan multi-pemain pemain lawan pemain. Ia adalah permainan yang sudah lama dikeluarkan akan tetapi buat pertama kali ditawarkan di Epic Games Store. Ia diterbitkan oleh Behaviour Interactive dan telah dikeluarkan sejak tahun 2016.
Epic Games Store: Dead by Daylight
while True: learn () pula adalah permainan tekaria yang memfokuskan kepada pengaturcaraan. Ia dibangunkan oleh Luden.io dan diterbitkan oleh Nival Interactive dan telah dikeluarkan sejak tahun 2018 lagi.
Epic Games Store: while True: learn ()
Selepas tawaran dua permainan ini berakhir pada 10 Disember ini, ia akan digantikan dengan dua permainan iaitu Godfall Challenger Edition dan Prison Architect. Godfall Challenger Edition yang juga akan ditawarkan untuk permainan percuma PS Plus, adalah versi Godfall yang memfokuskan kepada bahagian akhir permainan.
Baca: Godfall: Challenger Edition Membolehkan Pemain Terus Bermain Bahagian Akhir Permainan