Ejen Ali the Movie adalah antara filem yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun lepas, walaupun ia kini ditawarkan di pelbagai platform penstriman akan tetapi jika anda berminat untuk tontonnya di pawagam, ia boleh dilakukan pada 5 Disember ini secara percuma di TGV Suria KLCC.

Ini adalah bersempena dengan Festival Filem Malaysia Ke-31, selain dapat menonton filem tersebut secara percuma, penonton juga akan diberi peluang untuk menyertai sesi soal jawab bersama dengan pengarah filem ini iaitu Usamah Zaid dari Wau Animation.

Untuk mendapatkan tiket masuk ini, anda hanya perlu mengunjungi TGV Suria KLCC dan dapatkan tiket daripada pasukan FINAS, ia adalah mengikut sistem ‘first come first served‘. Selain Ejen Ali the Movie terdapat pelbagai lagi filem lain yang akan mula ditayangkan bermula esok seperti Roh, The Garden of Evening Mists, dan Fly By Night.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan juga senarai penuh filem serta waktu tayangan di pautan ini.

Sohor Kini