Seperti yang kami laporkan sebelum ini, antara permainan yang akan tiba sebagai permainan percuma untuk PlayStation Plus bagi bulan Disember adalah Godfall: Challenger Edition iaitu satu edisi baharu untuk permainan tersebut.

Apa yang disertakan di dalam Challenger Edition?

Melalui Godfall: Challenger Edition, pemain boleh memilih untuk terus mendapat watak dengan tahap yang tertinggi iaitu tahap 50 dan terus bermain kandungan-kandungan bahagia akhir permainan (endgame) tanpa perlu bermula dari awal.

Namun, kekurangan bagi edisi ini adalah ia tidak akan menyertakan bahagian penceritaan dan juga termasuk juga kempen tambahan Fire & Darkness. Jika berminat, pemain boleh dapatkan naik taraf Deluxe Edition untuk dapatkan kandungan-kandungan tersebut.

Godfall: Challenger Edition akan dikeluarkan pada 7 Disember ini sebagai permainan percuma untuk PS Plus, ia juga boleh dibeli dengan harga ~RM85 di PS4 atau PS5. Buat masa ini, edisi ini tidak diumumkan untuk PC lagi.

Sohor Kini