Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan November untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan empat permainan percuma yang boleh ditebus bermula 7 Disember sehingga 3 Januari 2021;

  • Godfall: Challenger Edition
  • Judgment
  • LEGO DC Super-Villains
  • Mortal Shell

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan November anda masih boleh melakukannya sehingga 6 Disember 2021.

Leave a Reply