Pada 25 November lepas, pencipta kandungan popular iaitu MrBeast telah hadir dengan video yang menjadikan permainan berdasarkan siri Squid Game satu realiti. Video tersebut telah menelan perbelanjaan sebanyak $3.5 juta yang ditaja oleh Supercell untuk permainan mereka Brawl Stars. Ia telah menerima lebih 129 juta tontonan buat masa ini.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Sensor Tower tampaknya penajaan tersebut telah membuahkan hasil yang sangat baik. Selepas pengeluaran video tersebut, Brawl Stars memperlihatkan peningkatan muat turun 41% lebih tinggi iaitu 1.4 juta kali berbanding minggu sebelum pelancaran.

Selain itu, jumlah pendapatan juga meningkat sebanyak 54% ataupun $8.2 juta berbanding minggu sebelum. Sensor Tower juga mengatakan yang peningkatan ini mungkin juga disebabkan oleh kejohanan esukan terbesar bagi permainan tersebut iaitu Brawl Stars World Finals yang berlangsung pada 26 sehingga 28 November lepas.

Brawl Stars sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini