Activision telah mengumumkan yang kandungan berdasarkan Call of Duty: Vanguard akan disertakan di dalam Call of Duty: Warzone bersempena dengan tahun baharu untuk permainan tersebut yang digelar sebagai Call of Duty: Warzone Pacific.
Antaran kandungan baharu yang disertakan adalah peta Caldera. Ia adalah peta yang dibahagikan kepada 15 kawasan berbeza dan terdapat ratusan kawasan yang baik untuk melakukan pelbagai strategi. Manakala peta Rebirth Island akan kembali tidak lama lagi.
Selain itu, Warzone juga akan menerima 40 senjata baharu iaitu 38 senjata daripada Vanguard dan 2 senjata yang akan disertakan di dalam Battle Pass untuk musim baharu. Lebih 12 operator baharu dan juga barangan-barangan kosmestik. Pemain juga boleh berkongsi kemajuan dengan bermain Vanguard dan juga Warzone.
Kandungan-kandungan baharu ini akan tiba kepada semua pemain pada 9 Disember, manakala bagi pemilik Vanguard boleh mencubanya sehari lebih awal iaitu pada 8 Disember.
Mod baharu Vanguard Royale juga disertakan dengan ia akan menyertakan lebih pilihan kenderaan termasuk juga jet pejuang untuk pertempuran di udara. Selain itu, senjata yang boleh didapatkan semuanya adalah dari kandungan Vanguard sahaja.
Sistem anti-penipuan yang dibangunkan oleh Activision akan disertakan melalui kemaskini baharu ini yang dikatakan akan mengurangkan masalah penipuan di dalam permainan tersebut.
Call of Duty: Vanguard sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Call of Duty Warzone juga sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.