Steam telah berkongsi senarai permainan yang menjana pendapatan tertinggi untuk bulan Oktober, senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Antara permainan yang tersenarai adalah permainan dengan IP baharu seperti Marvel’s Guardians of the Galaxy, Back 4 Blood dan F.I.S.T.: Forged In Shadow Torch. Terdpaat juga permainan susulan seperti Age of Empires IV, The Jackbox Party Pack 8 dan The Dark Pictures Anthology: House of Ashes.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • The Jackbox Party Pack 8
  • Gloomhaven
  • F.I.S.T Forged in Shadow Torch
  • Marvel’s Guardians of the Galaxy
  • Nicklelodeon All-Star Brawl
  • The Dark Pictures Anthology: House of Ashes
  • Sword and Fairy 7
  • Inscryption
  • Super Robot Wars 30
  • Age of Darkness: Final Stand
  • Fatal Frame: Project Zero: Maiden of Black Water
  • Disciples: Liberation
  • Back 4 Blood
  • The Idol@master Starlit Season
  • Demon Slayer – Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles
  • Age of Empires IV
  • Legion TD 2 – Multiplayer Tower Defense
  • The Riftbreaker
  • Escape Simulator

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini