Vampire: The Masquerade – Swansong Ditunda Ke Mei 2022

Vampire: The Masquerade – Swansong adalah permainan RPG yang dibangunkan oleh Big Bad Wolf dan diterbitkan oleh Nacon, ia adalah satu lagi permainan berdasarkan dunia ‘World of Darkness’. Sebelum ini, ia diumumkan akan tiba pada Februari 2022.

Melalui pengumuman terbaru, mereka telah mengumumkan yang terpaksa menunda beberapa bulan dan hanya akan tiba pada 19 Mei 2022. Mereka mengatakan yang memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan dunia dapat dihasilkan dengan mendalam dengan pelbagai pilihan boleh dilakukan oleh pemain.

Vampire: The Masquerade – Swansong bukanlah satu-satunya permainan World of Darkness yang bermasalah, Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 yang sepatutnya tiba pada tahun 2020, masih lagi tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran, ia juga kini dibangunkan oleh pembangun yang baharu.

Swansong diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini