Ludwig Adalah Strimer Seterusnya Menyertai Youtube Gaming Dari Twitch

Bulan September lepas telah memperlihatkan yang dua nama besar di Twitch iaitu DrLupo dan TimTheTatman telah berpindah ke Youtube Gaming untuk strim secara eksklusif di platform tersebut. Minggu ini, giliran Ludwig pula mengumumkan yang beliau juga berpindah ke Youtube Gaming.

Ludgwig boleh dikatakan antara strimer terbesar di Twitch dengan mempunyai lebih 3 juta pengikut di platform tersebut. Beliau sebelum ini memecah rekod melalui penstriman selama 31 hari berturut-turut.

Berbanding platform lain seperti Facebook ataupun Mixer oleh Microsoft sebelum ini, peralihan ke Youtube bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Ini adalah kerana kebanyakan strimer popular di Twitch juga mempunyai ikutan yang ramai di Youtube.

Ludwig sendiri sudah mempunyai 2 juta pelanggan di Youtube walaupun masih tidak memulakan penstriman beliau. Ini adalah kerana beliau juga memuat naik pelbagai video di platform tersebut.

Sohor Kini