Atlus telah mengumumkan yang 13 Sentinels: Aegis Rim akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 12 April 2022. Mereka juga berkongsi video pengumuman, yang anda boleh tonton di bawah.

13 Sentinels: Aegis Rim dibangunkan oleh Vanillaware merupakan permainan pengembaraan yang menggabungkan konsep permainan novel visual bersama dengan aksi serta pertempuran yang memerlukan strategi. Ketika The Game Awards 2020, ia telah tercalon untuk anugerah Naratif Permainan Terbaik.

Ia sebelum ini sudah dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4, dan boleh juga dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang. Pada awal tahun ini, Atlus telah mengumumkan yang ia telah terjual sebanyak 300 ribu unit.

Sohor Kini