Tak Pasti Nak Tonton Filem Apa? Laman Ini Boleh Membantu Anda

Dengan kepelbagaian perkhidmatan penstriman yang ada di pasaran sekarang, ia adalah satu perkara yang baik akan tetapi pada masa sama ia juga akan menjadi masalah untuk memilih kandungan apa yang ingin ditonton seterusnya.

Netflix sudah hadir dengan fungsi ‘Play Something’ yang akan membuka mana-mana filem ataupun siri TV secara rawak. Perkhidmatan penstriman juga akan memberikan cadangan berdasarkan sejarah tontonan anda. Jika ia tidak mencukupi, seorang pengaturcara iaitu Jonny Thaw telah hadir dengan satu laman yang akan tolong anda mencari filem menarik iaitu Watch Better Films.

Laman ini adalah ringkas sahaja, anda boleh memilih beberapa pilihan genre dan ia akan mencadangkan satu filem yang berkait dengan genre-genre yang dipilih. Menurut Jonny Thaw, beliau telah memilih filem-filem terbaik yang dicadangkan oleh pengguna Reddit.

Satu masalah mengenai laman ini adalah ia sekadar memperlihatkan filem yang menarik tetapi tidak berkongsi tempat yang filem-filem ini boleh ditonton. Menyelesaikan masalah ini, kami merasakan JustWatch adalah laman terbaik untuk mencari tempat untuk menonton filem-filem ini;- Cara Mudah Untuk Mencari Platform Yang Menyediakan Siri TV/Filem Yang Anda Ingin Tonton.

Sohor Kini