TGV telah mengumumkan yang sejak dibuka lebih 8 minggu lepas, mereka telah menerima lebih 1 juta pengunjung yang telah menonton filem-filem yang tiba sepanjang dua bulan lepas. Selepas hampir setahun tidak beroperasi kebanyakan pawagam kembali dibuka pada 23 September lepas.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, TGV juga mengumumkan penawaran Royale Combo secara percuma kepada semua pengunjung yang menonton filem pada 2 Disember di mana-mana cawangan TGV. Mereka akan menerima kupon tersebut untuk digunakan kunjungan mereka yang seterusnya ke TGV.

Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

Sejak dibuka semula dua bulan yang lepas, pawagam Malaysia telah menerima pelbagai filem menarik seperti Black Widow, Shang-Chi, Dune, Eternals dan terbaru No Time to Die. Sebelum mengakhiri tahun ini, kita juga akan menerima filem Spider-man: No Way Home dan The Matrix Resurrection.

Baca: 15 Filem Menarik Dan Tarikh Tayangan Di Pawagam

Sohor Kini