Mattel dan Milestone telah mengumumkan pelancaran kereta baharu untuk permainan Hot Wheels Unleashed iaitu Cadillac Seville yang mempunyai rekaan berdasarkan jenama mewah Gucci. Kereta ini akan diberikan secara percuma kepada semua pemilik permainan tersebut.

Mereka juga berkongsi video pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.

Hot Wheels juga mengumumkan mainan Hot Wheels berdasarkan kereta yang sama juga telah habis terjual selepas dikeluarkan buat masa terhad. Namun, di dalam permainan ini, semua berpeluang untuk mencubanya di dalam perlumbaan.

Hot Wheels Unleashed sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC pada 27 September 2021.

Sohor Kini