Selangor Mengumumkan Peruntukan RM1.2 Juta Untuk Pembangunan Esukan

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini telah melakukan pembentangan belanjawan untuk Negeri Selangor, dan antara yang diumumkan adalah peruntunkan sebanyak RM1.2 juta untuk program pembangunan e-sukan dan penganjuran jelajah ke daerah-daerah di negeri Selangor.

Sejak beberapa tahun yang lepas, Selangor telah hadir dengan pelbagai program yang memfokuskan kepada esukan, antaranya adalah Selangor Cyber Game. Berdasarkan peruntukan yang diumumkan ini, kita boleh jangkakan yang lebih banyak kejohanan yang memfokuskan daerah akan dianjurkan sepanjang tahun 2022.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pembangunan esukan dan juga sukan dron yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz pada bulan lepas.

Sohor Kini