Ubisoft Hadir Dengan Video Rangkuman Untuk Kejohanan Six Sweden Major 2021

Kejohanan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege telah dianjurkan dengan jayanya bermula pada 8 November lepas dan berakhir pada 14 November yang memperlihatkan pasukan FaZe Clan menjuarai kejohanan ini selepas mengalahkan Ninjas in Pyjamas di peringkat akhir.

Bagi memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa terbaik ketika kejohanan ini, Ubisoft telah hadir dengan video rangkuman untuk kejohanan tersebut dan anda boleh tontonnya di bawah.

Sebagai juara, FaZe Clan telah membawa pulang hadiah tunai $200 ribu, Ninjas in Pyjamas $80 ribu dan Rogue serta Damwon Gaming yang berkongsi di tempat ketiga masing-masing membawa pulang $40 ribu.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini