Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan percuma untuk tawaran minggu mereka iaitu The Hunter: Call of the Wild. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 3 Disember 2021 sebelum digantikan dengan Dead by Daylight.

The Hunter: Call of the Wild merupakan permainan simulasi memburu di mana pemain boleh memburu pelbagai spesies binatang yang setiapnya mempunyai cabaran tersendiri. Pemain juga mengambil kira keadaan semasa di persekitaran. Ia dibangunkan oleh Expansive Worlds dan dikeluarkan sejak tahun 2017.

Selain itu, Epic Games Store juga menganjurkan jualan promosi Black Friday yang kini berlangsung bermula sekarang sehingga 30 November. Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • Far Cry 6 – RM156.87
  • Riders Republic – RM141.75
  • Red Dead Redemption 2 – RM109.50
  • Hitman 3 – RM41.99
  • The Banner Saga Epic Trilogy – RM30.89
  • Biomutant – RM60
  • Cyberpunk 2077 – RM106.99
  • Death Stranding – RM71.99
  • Disco Elysium – RM30.99
  • Hades – RM28.69

Anda boleh layari pautan ini untuk melihat tawaran-tawaran lain bagi jualan promosi Black Friday di Epic Games Store.

Sohor Kini