Rogue Spirit Menerima Kemaskini Untuk Bulan November, Menyertakan Watak Baharu

505 Games dan Kids with Sticks telah mengumumkan kemaskini bulan November untuk permainan roguelite mereka Roguespirit yang akan menyertakan 2 watak baharu dan juga pelbagai penambah-baikkan yang lain.

Dua watak yang disertakan adalah Slicer iaitu watak yang memfokuskan serangan jarak dekat dengan pelbagai kombinasi serangan boleh dilakukan. Selain itu, terdapat juga Deadeye iaitu pahlawan jarak jauh yang bertempur menggunakan panah.

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan penambah-baikkan untuk sistem pertempuran yang dikatakan memberikan pengalaman yang lebih baik. AI penjahat juga dipertingkatkan untuk memberi sesi perlawanan yang lebih menarik.

Rogue Spirit sudah dikeluarkan di Steam secara akses awal sejak September lepas, bersempena dengan jualan promosi musim luruh, ia juga ditawarkan dengan potongan harga 40%.

Sohor Kini