Squid Game tidak boleh disangkalkan lagi adalah satu judul yang dikenali ramai, ia adalah siri TV dari Korea Selatan yang disiarkan di Netflix. Selepas 28 hari dilancarkan ia telah menerima 111 juta tontonan menjadikan satu kandungan yang paling popular di perkhidmatan penstriman tersebut. Musim kedua untuknya juga sudah disahkan.

Populariti tersebut juga telah di bawa ke dunia luar dengan pelbagai pencipta kandungan mula mengambil inspirasi daripada Squid Game. Terbaru adalah MrBeast sendiri, pencipta kandungan yang terkenal berbelanja wang banyak untuk melakukan sesuatu termasuk juga sebagai amal jariah.

Melalui video berjudul “$456,000 Squid Game In Real Life!” di Youtube, beliau telah menghasilkan semula Squid Game dengan menggunakan produksi yang benar-benar menyerupai apa yang ditampilkan di dalam siri. Ia melibatkan 456 peserta terdiri daripada orang ramai dan juga pencipta kandungan, pemenang akan memenangi $456 ribu (~RM1.9 juta).

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

MrBeast mengatakan yang kos menghasilkan video tersebut menelan perbelanjaan sebanyak $3.5 juta dengan $2 juta adalah untuk produksi dan penghasilan persekitaran dan selebihnya adalah hadiah dan juga sumbangan kepada semua peserta. Kos ini ditaja oleh permainan mudah alih Brawl Stars oleh Supercell.

Sohor Kini