Square Enix telah mengumumkan yang Life is Strange: True Colors akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 7 Disember ini secara digital, versi fizikal hanya akan tiba pada 25 Februari tahun depan.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal watak bernama Alex yang baru sahaja berjumpa dengan abangnya Gabe di sebuah perkampungan iaitu Haven. Pada awalnya, perkampungan tersebut nampak sangat mesra, tetapi selepas kematian Gabe, Alex dapati terdapat pelbagai rahsia di kampung tersebut dan dia cuba menyiasat mengenai kematian abangnya.

Seperti biasa untuk permainan Life is Strange, ia akan menyertakan kuasa dan Alex mempunyai kuasa dapat merasai emosi orang lain. Bahkan, dia juga dapat mengetahui sebab mengapa orang tersebut mempunyai emosi sedemikian. Namun, jika emosi seseorang itu terlalu kuat, ia akan memberi kesan kepada Alex dan dia tidak dapat mengawalnya.

Life is Strange: True Colors sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC. Versi Switch juga sepatutnya tiba bersama akan tetapi telah ditunda Ogos lepas.

Sohor Kini