Roblox Corporation telah dilaporkan memfailkan saman terhadap Benjamin Robert Simon yang mencipta kandungan di channel Youtube Ruben Sim kerana di katakan membuat kacau di platform tersebut dengan melakukan pelbagai perkara bermasalah, mereka menuntut pampasan sebanyak $1.6 juta.

Ruben Sim sebelum ini sudah diharamkan daripada bermain Roblox kerana dikatakan melakukan jenaka berbaur lucah dan juga perkauman. Dia juga memuat naik gambar Adolf Hitler di platform tersebut. Roblox mengatakan dia melakukan perkara-perkara tersebut sebagai kandungan yang dimuat naik ke Youtube dan Patreon.

Namun, dia masih lagi melakukan kandungan berdasarkan Roblox dengan menggunakan akaun yang dihasilkan oleh orang lain.

Peguam untuk Roblox juga mengatakan Ruben Sim baru-baru ini telah melakukan ‘ancaman pengganas’ yang telah membuatkan Roblox Developers Conference terpaksa ditutup buat sementara waktu dan perlu disiasat oleh pihak polis.

Sohor Kini