Annapurna Interactive telah mengumumkan yang Twelve Minutes iaitu permainan yang dibangunkan oleh Luis Antonio akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada 7 Disember ini. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Twelve Minutes merupakan permainan pengembaraan di mana ia memfokuskan kepada satu pasangan suami dan isteri, pemain akan mengawal suami. Seorang polis datang dan menuduh isteri membunuh ayahnya, di dalam pergaduhan polis terbunuh si isteri dan masa bermula semula. Suami perlu mengulangi hari tersebut untuk mengetahui apa yang sebenar sedang berlaku.

Ia sebelum ini sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan Nintendo Switch. Ia juga boleh dimainkan di Xbox Series melalui keserasian belakang dan turut ditawarkan di Xbox Game Pass.

Sohor Kini