Amazon Studios melalui perkongsian mereka bersama dengan laman Deadline telah mengatakan yang mereka menghampiri mencapai persetujuan dengan EA untuk membolehkan mereka membangunkan siri TV berdasarkan permainan popular oleh Bioware iaitu Mass Effect.

Buat masa ini masih tiada perkongsian lanjut mengenainya, terutama kerana perjanjian yang masih tidak diselesaikan lagi. Mass Effect merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan kepada penceritaan di angkasa lepas, di mana hadirnya “Mass Effect” membolehkan manusia dan juga makhluk-makhluk lain menerentas dengan cepat.

Buat masa ini, Mass Effect mempunyai empat permainan iaitu Mass Effect, Mass Effect 2 dan Mass Effect 3 yang dikatakan sebagai Trilogy Shepard. Mass Effect Andromeda membawa penceritaan baharu akan tetapi tidak mendapat sambutan yang baik.

Bioware sebelum ini telah melancarkan versi penambah-baikkan untuk Trilogy Shepard dan juga mengacahkan permainan Mass Effect baharu sedang dibangunkan.

Amazon Studios juga mengatakan yang mereka ingin terus menambah lagi penawaran di dalam genre fantasi selepas kejayaan The Wheel of Time.

The Wheel of Time adalah siri yang baru dilancarkan di Prime Video pada 19 November lepas dengan 3 episod dikeluarkan secara, 5 episod lagi akan tiba secara mingguan. Menurut Amazon, siri tersebut telah menjadi kandungan paling banyak ditonton bagi tahun ini, dan lima teratas secara keseluruhan.

Sohor Kini