Valorant Champions 2021 iaitu kejohanan terbesar untuk Valorant akan bermula pada 1 Disember ini dan akan berlangsung sehingga 12 Disember. Bersempena dengannya, Riot Games telah menawarkan berkas Champions yang akan menyertakan barangan kosmetik berdasarkan kejohanan tersebut.

Berkas ini ditawarkan bermula minggu ini buat masa terhad sehingga 12 Disember, Riot Games juga mengatakan yang 50% pendapatan daripada jualan ini akan dibahagikan kepada kesemua 16 pasukan yang layak ke kejohanan ini.

Berkas ini menyertakan hiasan untuk Vandal, tiga kad pemain yang mengambil inspirasi daripada muzik video Die for You, ‘Champion’ title dan karambit. Berkas ini ditawarkan dengan harga 6,264 VP lebih kurang RM200 untuk harga tunai.

Kesemua pemain juga akan diberikan Champions 2021 kad secara percuma.

Bagi hiasan untuk Vandal ia menyertakan pelbagai perkara yang unik seperti ‘aura’ akan dikeluarkan setiap kali membunuh, lagu Die for You juga dimainkan apabila memeriksa senjata dan akan membawa pemain ke dunia muzik video sebagai finisher.

Selain itu, Riot Games juga mengumumkan ‘drop’ bagi yang menonton kejohanan ini secara langsung di Youtube, Twitch, AfreecaTV atau Trovo. Pemain akan berpeluang untuk mendapatkan Champions Gun Buddy dan juga penyembur.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini