Ragnarok X: Next Generation Menyertakan Kawasan Glast Heim

Nuverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk permainan MMORPG mereka Ragnarok X: Next Generation akan menerima kawasan Glast Heim, satu kawasan yang dikenali oleh pemain-pemain Ragnarok. Melalui kemaskini Ragnarok X: Glast Heim ia juga akan menyertakan peningkatan tahap ke Tahap 90, dan juga penjahat baharu.

Glast Heim di dalam Ragnarok X akan menyertakan pelbagai misi dan juga raksasa baharu. Pemain boleh menjumpai 5 boss setiap hari termasuk juga MVP Amon Ra dan Dark Priest. Setiap bos akan hadir 2 kali sehari selain boss terdapat juga raksasa lain seperti Injustice dan Carat.

Kemaskini ini juga akan menyertakan Life Skills tahap 9 dan juga NPC untuk sistem Stat Enhancement yang baru diperkenalkan. Nuverse juga mengumumkan jualan promosi di dalam permainan.

Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini