PlayPark minggu ini telah mengumumkan yang sebagai penutup untuk tahun 2021 mereka akan memperkenalkan watak baharu untuk Maple Story SEA iaitu Lara, the Charmer of Elements yang akan mula tiba pada 1 Disember 2021. Sebelum pelancaran, mereka juga akan memperlihatkan watak tersebut pada 29 November ini di dalam permainan.
Sebagai persediaan sebelum pelancaran ini, pemain juga boleh mula mendaftar nama bermula pada 17 sehingga 30 November. Selain itu, mereka juga mengumumkan acara masa terhad Tera Burning akan berlangsung bermula 17 November sehingga 21 November. Tera Burning 2 akan berlangsung pada 22 Disember sehingga 25 Januari.
Semasa acara ini, pemain boleh menggunakan watak baharu dan akan mendapat 3x ganda pengalaman untuk memudahkan bagi meningkatkan tahap watak sehingga tahap 200 dan juga pelbagai ganjaran di dalam permainan yang lain.
Maple Story SEA adalah permainan MMORPG di PC dan boleh dimuat turun secara percuma. Ia sekarang mempunyai lebih 7 juta akaun yang mendaftar dan mempunyai 1.2 juta pemain aktif sepanjang tiga tahun yang lepas.