eGG Network telah mengumumkan yang Sembang Game iaitu satu rancangan yang memfokuskan kepada perbincangan mengenai esukan dan juga permainan video akan menerima musim kedua dan ia akan mula disiarkan di eGG Network dan juga Astro Arena bermula pada 25 November ini.

Sembang Game ini akan dihoskan oleh Jaasuruzan dan juga Melissa Th’ng bersama dengan tetamu jemputan seperti Masterramen, Maxhaze, Machasquad, Daddyhood dan ramai lagi. 10 episod untuk musim ini akan menyentuh pelbagai topik seperti berikut;

  • 25/11/2021/9.00PM – Episod 1 Di Antara PC, Konsol & Telepon Pintar
  • 02/12/2021/9.00PM – Episod 2 Di Sebalik Pembangunan Permainan Video
  • 09/12/2021/9.00PM – Episod 3 PC Idaman
  • 16/12/2021/9.00PM – Episod 4 Pengulas E-Sukan
  • 23/12/2021/9.00PM – Episod 5 Streamer Berkeluarga & Streamer Muda
  • 30/12/2021/9.00PM – Episod 6 Di Sebalik Tabir Live Stream
  • 06/01/2022/9.00PM – Episod 7 Permainan Video & Kesihatan
  • 13/01/2022/9.00PM – Episod 8 Gejala Buli Siber
  • 20/01/2022/9.00PM – Episod 9 Pasukan E-Sukan
  • 27/01/2022/9.00PM – Episod 10 Liga E-Sukan

Rancangan ini dibawakan dengan kerjasama bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Esports Integrated (ESI).

Sohor Kini