Rocket League Sideswipe Kini Boleh Dimuat Turun Di iOS dan Android

Pysonix pada bulan Mac lepas telah mengumumkan Rocket League Sideswipe iaitu permainan berdasarkan Rocket League tetapi khusus untuk peranti pintar. Ia diumumkan untuk iOS dan juga Android.

Ia sebelum ini diumumkan akan tiba di beberapa negara terlebih dahulu sebelum pelancaran yang lebih menyeluruh secara berperingkat. Minggu ini, tampaknya Malaysia adalah salah satu lokasi yang terpilih apabila permainan tersebut kini boleh dimuat turun di iOS dan Android.

Anda boleh muat turun melalui pautan di bawah;

Sideswipe masih mengekalkan konsep permainan “bola sepak” menggunakan kereta akan tetapi ia menggunakan perspektif kamera dari tepi seperti satu permainan side scroller.

Ia akan menyertakan mod 1 lawan 1 ataupun 2 lawan 2 secara dalam talian. Psyonix juga mengatakan ia menyertakan mod permainan secara kasual ataupun kompetitif dengan leaderboard akan disertakan untuk pemain cuba menjadi pemain terbaik.

Rocket League Sideswipe adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini