Esports Awards 2021 telah dianjurkan pada hujung minggu lepas dan memperlihatkan pelbagai anugerah diberikan kepada organisasi dan juga individu-individu yang terlibat dengan esukan. Selain itu, mereka juga mempunyai beberapa anugerah yang memfokuskan kepada permaina.

Antaranya adalah Permainan Terbaik Tahun Ini telah dimenangi oleh Valorant oleh Riot Games, manakala Permainan Mudah Alih Terbaik Tahun Ini dimenangi oleh Free Fire oleh Garena yang telah memenangi anugerah tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Beberapa anugerah lain yang diumumkan bersama dengan pemenangnya adalah seperti berikut;

  • Organisasi Esukan Terbaik: 100 Thieves
  • Pasukan Esukan Terbaik: Atlanta FaZe (Call of Duty)
  • Pemain Terbaik (PC): Oleksandr ‘s1mple’ Kostyliev
  • Pemain Terbaik (Alat Kawalan): Chris ‘Simp’ Lehr
  • Penerbit Terbaik: Riot Games
  • Strimer Terbaik: Ibai Llanos
  • Pencipta Kandungan Terbaik: Ashley Kang

Anda boleh tonton pengumuman penuh anugerah ini di Twitch.

Sohor Kini