Falling Frontier Tertunda Ke Suku Kedua Tahun 2022

Stutter Fox Studios telah mengumumkan yang permainan RTS mereka iaitu Falling Frontier telah ditunda ke suku kedua tahun 2022 akan tetapi untuk berkongsi kemaskini terbaru bagi permainan tersebut, mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Treler tersebut memfokuskan salah satu mekanik yang akan tiba di dalam permainan ini iaitu Search & Rescue. Apabila sesuatu kapal diserang, krew di dalam kapal tersebut boleh diselamatkan, ia adalah penting kerana pihak lawan boleh menculik mereka untuk mendapat informasi.

Mereka juga mengumumkan yang ia ditunda untuk memastikan kualiti terbaik bagi permainan ini dan berterima kasih kepada Hooded Horse sebagai penerbit yang menyokong keputusan ini. Falling Frontier akan dikeluarkan untuk PC, dan ia telah terpilih sebagai permainan indie paling dinantikan di E3.

Sohor Kini