Kojima Productions bakal membuka cawangan baharu untuk studio mereka di Los Angeles, dan ia dikatakan memfokuskan kepada kandungan TV, filem dan juga muzik. Namun, ia masih lagi akan terlibat di dalam permainan video yang masih lagi teras utama untuk Kojima Productions.

Cawangan baharu ini akan diketuai oleh Riley Russell yang sebelum ini merupakan eksekutif di PlayStation, beliau mengatakan yang mereka ditugaskan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar di dalam TV, filem, muzik dan juga permainan video.

Bagi yang mengikuti Hideo Kojima, selain permainan video, beliau juga sangat menggemari bahagian lain di dalam hiburan, terutama filem dan TV dengan beliau sering berkongsi filem dan juga siri yang ditonton. Oleh itu, tidak mengejutkan jika beliau ingin mengembangkan lagi penawaran Kojima Productions.

Sohor Kini