Ridley Scott Mengesahkan Siri TV Blade Runner Sedang Dibangunkan

Melalui temubual bersama dengan BBC (dilaporkan oleh Variety), pengarah popular Ridley Scott mengesahkan yang Blade Runner akan menerima siri TV. Beliau juga mengatakan yang skrip untuk episod pilot sudah dihasilkan dan siri tersebut dijangka akan mempunyai 10 episod.

Mengesahkan laporan kami sebelum ini, siri TV Alien juga sedang dibangunkan, dan skrip untuk episod bagi siri TV tersebut juga sedang dihasilkan. Noah Hawley sebelum ini dilaporkan akan menyelia penghasilan siri ini.

Filem pertama Blade Runner dan Alien diarahkan oleh Ridey Scott yang dikeluarkan pada tahun 1982 dan 1979. Blade Runner kemudian menerima satu filem lagi diarahkan oleh Denis Villeneuve iaitu Blade Runner 2049.

Alien pula menerima tujuh filem berbeza termasuk juga sampingan yang diarahkan oleh pengarah-pengarah lain termasuk juga James Cameron.

Sohor Kini