Seperti mana kami laporkan sebelum ini, Acer telah menganjurkan kejohanan esukan Predator Championship untuk dua permainan iaitu Mobile Legends Bang Bang dan Valorant. Kejohanan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu komuniti yang melibatkan pelajar sekolah, kolej dan juga universiti dan juga korporat yang melibatkan pekerja yang ingin mewakili syarikat mereka.

Kejohanan ini berlangsung sejak 6 November lepas dengan peringkat akhir berlangsung pada 20-21 November dan 27 -28 November. Maklumat Lanjut – Acer Menganjurkan Predator Championship Untuk Pelajar Dan Syarikat – Pertandingan Valorant Dan Mobile Legends

Acer bukan sahaja membawa penganjuran kejohanan esukan yang menarik ini, mereka juga telah menyediakan dua tawaran khas bagi anda yang sedang mencari laptop ataupun monitor, apatah lagi jika kedua-duanya.

Bagi tawaran istimewa yang hanya boleh didapatkan semasa Predator Championship 2021 ini anda boleh dapatkan Laptop Predator Helios 300 atau/dan Monitor Predator XB323QK NV dengan potongan harga sehingga RM300 dan juga hadiah percuma bernilai sehingga RM800.

Tidak cukup dengan itu, Acer juga telah mengumumkan dua model baharu untuk Laptop Nitro 5 yang ditawarkan secara eksklusif semasa Predator Championship 2021.

Nak tahu lanjut? Teruskan membaca.

Laptop Predator Helios 300

Jika anda sedang melakukan tinjauan untuk laptop gaming yang terbaik tetapi masih ditawarkan dengan harga berpatutan? Predator Helios 300 seharusnya menjadi antara yang di dalam senarai pendek.

Ia adalah model terbaru oleh Predator untuk produk laptop gaming mereka, dimana baru sahaja diumumkan pada September lepas, dan melalui promosi ini, anda boleh dapatkannya dengan harga yang lebih murah termasuk juga pelbagai hadiah percuma.

Mengapa Predator Helios 300?

Jika anda serius mengenai bermain permainan video, Predator Helios 300 adalah pilihan yang tepat kerana ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel generasi terkini iaitu generasi ke-11, Intel® CoreTM i7 yang digandingkan pula dengan kad grafik NVIDIA® GeForce RTXTM 3060, menjadikan ia adalah satu pilihan yang terbaik bagi anda yang inginkan sesi permainan 1080/120FPS ataupun 4K/60FPS.

Ini ditambah lagi dengan RAM 8GB DDR4 bersama dengan storan 512GB PCIe NVMe Gen 4 SSD untuk memastikan pilihan storan terbaik. Ingin lebih storan? Ia juga menyokong slot tambahan untuk HDD ataupun SSD M.2 jika ingin memastikan prestasi yang terbaik.

Melengkapi lagi spesifikasi yang baik di atas, Predator Helios 300 ini juga hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci, yang merupakan saiz paling optimum untuk satu laptop gaming, tambahan itu satu lagi perkara menjadikan ia adalah paparan terbaik adalah menyokong kadar segar semula sehingga 360Hz dengan resolusi HD Penuh.

Antara kerisauan ataupun rungutan utama mengenai menjadikan laptop sebagai platform bermain utama adalah ia boleh menjadi panas terutama bermain permainan yang grafik tinggi. Namun, Predator Helios 300 yang hadir dengan teknologi kipas AeroBlade 3D bersama dengan aplikasi PredatorSenseTM membolehkan pemain untuk memastikan ia berada di tahap yang terbaik, sentiasa.

Predator Helios 300 (PH315-54-78G9) ini sudah dipasarkan dengan harga yang berpatutan iaitu RM6,299 akan tetapi untuk buat masa terhad iaitu sepanjang kejohanan Predator Champions 2021 ini sahaja iaitu bermula pada 27 November sehingga 28 November anda boleh dapatkannya dengan potongan harga RM6,199.

Tidak cukup dengan itu, anda akan mendapat lagi hadiah percuma iaitu beg galas Predator Gaming Urban, tetikus Gaming Cestus 339 dan juga pilihan baucar dompet digital TnG bernilai RM250 ataupun Kad Hadiah Netflix bernilai RM255.

Menjadikan nilai sebenar laptop ini lebih kurang RM5399 sahaja, iaitu satu tawaran yang sangat berpatutan. Berminat? Anda boleh dapatkannya di pautan ini.

Monitor Predator XB323QK NV

Manakala jika anda mencari monitor terutama yang bersaiz besar, sama ada untuk penggunaan di PC ataupun di konsol ataupun kedua-duanya sekali, Monitor Predator XB323QK NV juga adalah antara pilihan yang terbaik di pasaran sekarang dan ia juga baru sahaja diumumkan pada September lepas.

Ia merupakan monitor bersaiz 31.5 inci dan menyokong resolusi sehingga 3840 x 2160, menjadikan ia satu pilihan yang baik jika anda ingin sesuatu yang di antara monitor dan TV di ruang tamu. Ini akan memberikan penggunaan yang baik untuk kegunaan harian di PC dan juga berkualiti tinggi untuk sesi permainan di PC dan juga konsol.

Ini ditambah lagi jika anda inginkan sesuatu yang future proof ataupun ingin gunakan di konsol generasi terkini seperti PlayStation 5 dan Xbox Series kerana ia menyokong HDMI 2.1, antara monitor terawal yang menyokongnya di pasaran Malaysia. Dengan sokongan HDMI 2.1, ia memastikan monitor ini menyokong sesi permainan 4K/120fps sesuatu yang tidak boleh dicapai untuk HDMI 2.0 yang menjadi penyambung untuk kebanyakan monitor di pasaran.

Sesuatu yang telah menjadi kewajipan bagi satu monitor gaming, ia juga menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz dengan jangka reaksi 1msGtG bagi memastikan anda mendapat prestasi yang terbaik untuk sesi permainan terutama secara kompetitif. Selar masa bukan lagi masalah.

Bagi kualiti panel pula, saya sudah berpengalaman menggunakan monitor oleh Acer sejak beberapa tahun yang lepas, bahkan yang terbaru saya ada mengeluarkan ulasan untuk Acer Nitro XV282K KV, yang diumumkan bersama dengan monitor ini. Dengan percubaan sendiri, ia memberikan kualiti yang sangat memuaskan terutama dengan menyokong DCI-P3 90% warna gamut lebar dan juga VESA DisplayHDR 400.

Tidak cukup dengan itu, Predator XB323QK NV juga hadir dengan dua nilai tambah iaitu Acer VisionCare 4.0 dengan teknologi AdaptiveLight bersama dengan LightSense, ProxiSense dan juga ColorSense yang akan menyesuaikan paparan untuk pelbagai keadaan pencahayaan secara automatik.

Saya mengujinya secara sendiri dan ia sangat tepat mengubah keterangan monitor untuk memastikan anda tidak terlalu silau dan memberikan pengalaman yang terbaik terutama untuk penggunaan yang lama kerana ia akan mengurangkan kelesuan mata.

Nilai tambah seterusnya adalah untuk pengguna-pengguna profesional, di mana ia menyokong KVM terbina yang membolehkan anda untuk menggunakan beberapa PC secara serentak dengan menggunakan satu monitor, papan kekunci dan juga tetikus sahaja.

Predator XB323QK NV sebelum ini ditawarkan dengan harga RM4,299 yang boleh dikatakan sudah berpatutan dengan kualiti yang disediakan, namun semasa tawaran khas ini iaitu bermula pada 27 November sehingga 28 November ia boleh didapati dengan harga RM3,999 sahaja di pautan ini.

Model Eksklusif Untuk Laptop Acer Nitro 5

Acer juga telah mengumumkan kemaskini untuk jenama laptop popular mereka iaitu Nitro 5 di mana ia menyertakan cip pemprosesan terbaru daripada Intel. Mereka mengumumkan dua model iaitu Nitro 5 (AN515-57-73H1) yang hadir dengan cip pemprosesan Intel® CoreTM i7-11800H, RAM 16GB DDR4 dan juga storan 512GB PCIe SSD

Manakala model seterusnya iaitu Nitro 5 (AN515-57-57E9) pula hadir dengan Intel® CoreTM i5-11400H, RAM 8GB DDR4 dan storan 512GB PCIe SSD. Kedua-dua model juga dilengkapi dengan paparan 15.6 inci dengan resolusi HD Penuh menyokong kadar kelancaran sehingga 144Hz bagi memastikan pengalaman terbaik untuk sesi permainan video dan juga hiburan.

Pilihan cip pemprosesan terbaru ini sudah semestinya memastikan anda mendapat prestasi yang terbaik daripada laptop tetapi pada masa sama ia juga hadir dengan harga yang berpatutan di mana Nitro 5 (AN515-57-73H1) ditawarkan dengan harga pasaran RM4,699 manakala Nitro 5 (AN515-57-57E9) ditawarkan dengan harga pasaran RM3,999.

Kedua-dua itu adalah satu harga yang baik akan tetapi, bersempena dengan Predator Championship 2021, anda boleh dapatkannya dengan potongan harga RM100. Tidak cukup dengan itu, anda juga akan mendapat beg galas Gaming Urban dan baucar digital untuk Lazada. Dengan kata lain jika anda berhajat untuk dapatkannya, sekarang adalah masa terbaik.

Anda boleh melakukan tempahan di pautan ini.

Predator Championship 2021 sudah semestinya akan menjadi medan pemain-pemain menguji kemahiran mereka untuk permainan Mobile Legends dan juga Valorant. Namun, ia juga memberi peluang kepada peminat untuk dapatkan produk-produk Predator dan Acer dengan harga promosi.

Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas pelbagai jualan promosi khas yang kami kongsikan di atas, dengan melayari laman Lazada Acer untuk melakukan tempahan dan tidak terlepas promosi ini.

Penafian:

  • Setiap tawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Advertorial ini dibawakan oleh Acer Malaysia.

Sohor Kini