Kejohanan terbesar untuk League of Legends iaitu Worlds 2021 sudah berjaya dilangsung pada awal bulan ini yang memperlihatkan pasukan Edward Gaming dari China menjadi juara keseluruhan. Kejohanan ini dianjurkan di Reykjavík, Iceland.

Minggu ini, Riot Games telah mengumumkan yang Worlds 2022 akan kembali dianjurkan di beberapa negara berbeza, iaitu di Mexico City, Mexico untuk peringkat Play-in, peringkat kumpulan dan suku akhir di New York, Amerika Syarikat manakala peringkat separuh akhir di Toronto, Kanada dan peringkat akhir di San Fransisco, Amerika Syarikat.

Penganjuran di beberapa tempat berbeza ini sudah dilakukan sejak Worlds 2019, Worlds 2021 juga sepatutnya dianjurkan di beberapa bandar di China iaitu Shanghai, Qingdao, Wuhan, Chengdu, dan Shenzhen akan tetapi akibat pandemik Covid-19 ia ditukar ke satu negara.

Buat masa ini, Riot Games mengumumkan yang ia akan dianjurkan secara terbuka kepada penonton, tetapi sudah semestinya bergantung kepada keadaan semasa pandemik covid-19 dan juga peraturan tempatan untuk setiap negara tersebut.

Sohor Kini