Pada tahun 2019, bersempena dengan ulang tahun ke-10 untuk League of Legends, Riot Games telah mengumumkan tiga permainan baharu sedang dibangunkan oleh mereka yang setiapnya adalah genre berbeza.

Permainan-permainan tersebut adalah Project A iaitu permainan menembak yang sudah dikeluarkan dan dikenali sebagai Valorant, manakala Project F adalah permainan MMORPG, akan tetapi masih tiada maklumat lanjut mengenainya.

Seterusnya adalah Project L, iaitu permainan perlawanan berdasarkan watak-watak League of Legends, dan minggu ini Riot Games telah memperlihatkan rekaan awal untuk permainan tersebut yang anda boleh tonton di bawah.

Mereka mengatakan yang ia akan menjadi permainan perlawanan di mana pemain akan membentuk satu pasukan yang mempunyai 2 watak. Riot Games mengatakan yang mereka ingin hadir dengan permainan yang mudah untuk difahami dan kawal tetapi pada masa sama mendalam untuk pemain yang lebih ingin menjadi lebih mahir.

Riot Games juga mengumumkan yang ia masih lagi di peringkat awal dan tidak akan dilancarkan pada tahun ini dan juga tahun hadapan, namun, mereka akan melakukan perkongsian lanjut sekitar tahun depan mengenainya.

Sohor Kini