Sifu Akan Dilancarkan 2 Minggu Lebih Awal, Kini Tiba 8 Februari 2022

SloClap telah mengumumkan yang mereka hampir menyiapkan pembangunan untuk Sifu dan bersedia untuk mengeluarkan permainan tersebut lebih awal iaitu pada 8 Februari 2022 berbanding 22 Februari yang diumumkan sebelum ini.

Selain itu, mereka juga telah berkongsi video baharu yang memperlihatkan sistem pertempuran di dalam permainan ini.

Sebagai satu permainan roguelike, di dalam Sifu, pemain akan memula semula apabila terbunuh, akan tetapi pemain akan bertambah umur setiap kali memulakan sesi yang baharu. Apabila pemain telah menjadi terlalu tua, permainan akan bermula semula.

Sifu sepatutnya dilancarkan pada tahun ini, tetapi telah tertunda akibat pandemik Covid-19, namun dengan perkembangan terbaru ini, ia sudah semestinya satu berita yang baik. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini