Death’s Door merupakan permainan aksi pengembaraan yang dikeluarkan pada bulan Julai lepas dan telah menerima penerimaan yang sangat positif, namun, ia hanya dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan juga PC.

Acid Nerve telah mengumumkan yang permainan tersebut juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga Nintendo Switch pada 23 November ini. Versi fizikal juga akan dikeluarkan akan tetapi ia adalah edisi terhad dan akan tiba sekitar tahun depan.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi burung gagak yang juga merupakan ‘malaikat maut’. Atas sebab tertentu, pemain perlu melalui pelbagai halangan untuk mendapatkan “Giants Souls”. Death’s Door sudah boleh di pra-tempah di PS Store dengan harga RM79 dan di Nintendo Switch dengan harga $19.99.

Sohor Kini