505 Games telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan permainan Gunfire Reborn oleh Duoyi Network ke konsol pada tahun 2022. Gunfire Reborn merupakan permainan aksi pengembaraan roguelite yang boleh dimainkan secara berseorang dan juga secara koperasi.

Setia sesi permainan, pemain akan memasuki satu kawasan yang dihasilkan secara rawak, pemain juga akan mendapat senjata-senjata yang berbeza untuk memberikan pengalaman berbeza setiap kali bermain.

Gunfire Reborn sudah dilancarkan di PC sejak tahun lepas secara akses awal dan kini ia dikeluarkan secara penuh di mana telah terjual sebanyak 2 juta unit. Ia juga menerima ulasan yang sangat positif di Steam dan anda boleh dapatkannya dengan harga promosi RM29.25 sehingga 2 Disember.

Sohor Kini