Milestone dan Feld Entertainment, Inc telah mengumumkan yang permainan baharu untuk siri Monster Energy Supercross – The Official Videogame akan dikeluarkan pada 17 Mac 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Versi PS4 dan Xbox One akan mendapat naik taraf percuma ke PS5 dan Xbox Series.

Mereka juga mengumumkan yang permainan baharu ini akan menyertakan Mod Career yang ditambah-baik, di mana pemain boleh bermula sebagai amatur di kelas perlumbaan 250SX Future sehingga menjadi profesional. Ia juga menyertakan sistem Rider Shape di mana jika pemain jatuh ataupun tercedera, ia akan memberi impak kepada prestasi.

Pemain juga kali ini dapat menggunakan motosikal dua lejang, ia boleh digunakan di kesemua mod di dalam permainan ini. Bagi sesi multi pemain pula, buat pertama kali ia akan menyokong fungsi rentas platform membolehkan pemain berlumba bersama dan melawan pemain di platform-platform lain.

Sohor Kini