Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bermulannya jualan promosi bersempena dengan Black Friday sehingga 29 November 2021. Melaluinya mereka menawarkan harga promosi untuk DualShock, permainan terpilih dan juga langganan PlayStation Plus.

Bagi anda yang sedang mencari DualShock 4, ia ditawarkan dengan harga RM179 untuk warna-warna yang terpilih iaitu potongan harga sebanyak RM60. Manakala bagi permainan fizikal pula berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • Demon’s Souls – RM209
  • Ghost of Tsushima Director’s Cut (PS5) – RM239
  • Ghost of Tsushima Director’s Cut (PS4) – RM189
  • Final Fantasy VII Remake – RM239
  • Marvel’s Spider-man: Miles Morales – RM169
  • NieR Replicant ver 1.2247 – RM169
  • Crash Bandicoot 4: It’s About Time – RM79

Tawaran-tawaran ini boleh didapatkan di pengedar rasmi PlayStation dan juga Sony Store. Selain itu, PS Store juga menganjurkan jualan promosi dengan tawaran untuk lebih banyak permainan seperti FIFA 22, Back 4 Blood, Resident Evil Village dan Far Cry 6.

Anda boleh layari pautan ini untuk melihat tawaran-tawaran lain di PS Store.

Manakala untuk langganan PS Plus pula, ia ditawarkan dengan harga RM106 untuk 12 bulan iaitu potongan harga 33% di PS Store. Jika anda sudah mempunyai langganan, ia boleh ditambah ke tempoh sedia ada.

Sohor Kini