Skip to main content

Ubisoft telah melancarkan kandungan baharu untuk The Crew 2 sebagai permulaan bagi musim keempat bagi permainan tersebut. Melalui Episod 1: The Contractor ia akan menyertakan pelbagai kandungan termasuk juga aktiviti baharu.

Aktiviti baharu yang disertakan adalah Urban Services yang pertama kali disertakan di dalam The Crew 2. Melaluinya, pemain akan memandu di Las Vegas, New York, Miami, Detroit dan Los Angeles untuk menghantar pelbagai barangan bagi syarikat Urban Marco’s Cab, Diamond Limousine dan Rocket Co.

Pilihan kereta baharu juga disertakan antaranya Ford Crown Victoria (Street Race), Ford Crown Victoria Limousine (Street Race) dan Chevrolet 3100 (Street Race). Lebih banyak kereta akan disertakan sepanjang episod baharu ini.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan yang The Crew 2 boleh dicuba secara percuma bermula pada 18 November sehingga 21 November 2021 di semua platform, anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

The Crew 2 sudah dilancarkan sejak tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store, Ubisoft Store dan juga Steam. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Leave a Reply