EA dan Maxis telah mengumumkan koleksi pakaian baharu untuk The Sims 4 dan kali ini mereka berkerjasama dengan Stefan Cooke iaitu pereka fesyen terkenal di UK. Koleksi Modern Menswear Kit ini akan dilancarkan pada 2 Disember untuk setiap platform.

Di dalam koleksi ini, terdapat 23 pakaian berdasarkan rekaan sebenar oleh Stefan Cooke yang menyertakan jaket, seluar, suit dan juga kasut. Koleksi ini biasanya dijual dengan harga di PS Store dan juga di PC.

The Sims 4 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini