Square Enix minggu ini akhirnya melancarkan permainan battle royale mereka iaitu Final Fantasy VII The First Soldier untuk iOS dan juga Android. Seperti judulnya, ia menyertakan pelbagai elemen daripada siri permainan JRPG Final Fantasy VII.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Soldier yang sedang melakukan latihan, oleh itu segala pertempuran di dalamnya adalah mereka sedang berlatih. Soldier merupakan tentera elit yang ditubuhkan oleh Shinra Electric Power Company. Mereka mempunyai kebolehan akibat pendedahan kepada tenaga Mako.

Pemain boleh memilih pelbagai jenis kelas untuk digunakan yang setiapnya mempunyai kelebihan tersendiri;

  • Warrior – Memfokuskan kepada serangan jarak dekat
  • Sorcerer – Mempunyai kebolehan serangan jarak sederhana dan juga serangan kawasan seperti pengguna magis Fire, Blizzard dan Thunder.
  • Monk – Mempunyai kebolehan untuk menyembuh dan menghasilkan perisai.
  • Ranger – Mempunyai kebolehan untuk mencari lawan dan menembak dari jarak jauh.
  • Ninja – Sangat sesuai untuk menyelinap dan melakukan serangan hendap. Kelas ini juga mempunyai kebolehan ‘double jump’.

Selain bertempur dengan pemain lain untuk menjadi yang terakhir terselamat, pemain juga boleh bertempur dengan raksasa yang akan memberikan pengalaman untuk meningkatkan tahap dan mendapat senjata baharu.

Bersempena dengan kejayaan permainan ini mendapat 2 juta pra-pendaftaran pemain akan diberikan pelbagai ganjaran di dalam permainan. Berkas untuk mendapatkan kostum Cloud dan Tifa juga boleh dibeli.

Final Fantasy VII The First Soldier adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini