Pada bulan Ogos lepas, Deep Silver dan Volition telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan permainan baharu untuk siri Saints Row yang juga merupakan satu olahan semula. Ia sepatutnya dikeluarkan pada 25 Februari 2022.
Namun, melalui perkongsian terbaru oleh Volition, Saints Row kini hanya akan dikeluarkan pada 23 Ogos 2022 iaitu tertunda lebih kurang selama 6 bulan. Mereka mengatakan yang memerlukan lebih masa untuk memastikan ia mendapat kualiti yang terbaik.
Mereka juga mengatakan yang walaupun akan mengambil lebih lama untuk dikeluarkan tetapi secara amnya permainan sudah disiapkan dan tidak akan ada perubahan yang besar akan berlaku. Sebaliknya, ia sekadar untuk memastikan prestasi yang terbaik sahaja.
Saints Row diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Epic Games Store.