Razer Umum Set Fon Kepala Dan Juga Pengecas Khusus Untuk PlayStation 5

Razer hari ini telah mengumumkan pilihan baharu untuk set fon kepala mereka yang dihasilkan berdasarkan rekaan PlayStation 5. Selain itu, mereka juga hadir dengan pengecas untuk DualSense yang mempunyai pilihan warna seperti warna-warna DualSense.

Dua set fon kepala yang diumumkan adalah Kaira Pro dan Kaira. Kaira Pro ada set fon kepala nirwayar yang menawarkan fungsi HyperSense. Ia akan memberikan kesan haptik berdasarkan bunyi daripada permainan untuk memberi pengalaman yang lebih mendalam.

Kaira Pro juga akan menyertakan pemacu TriForce Titanium 50mm dan juga sokongan sambungan secara 2.4 Ghz dan juga Bluetooth. Ia juga mempunyai sistem Chroma RGB di bahagian logo yang boleh ditetapkan menggunakan aplikasi. Ia ditawarkan dengan harga RM979.

Manakala set fon kepala nirwayar Kaira juga menyertakan pemacu TriForce Titanium 50mm dan juga sokongan sambungan secara 2.4 Ghz dan juga Bluetooth. Ia ditawarkan dengan harga RM489.

Seterusnya, mereka juga melancarkan pengecas pantas dan menurut Razer, ia dapat mengecas penuh DualSense dalam masa 3 jam. Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna berdasarkan warna DualSense iaitu putih, merah dan hitam. Ia ditawarkan dengan harga RM209.

Anda boleh dapatkan produk-produk ini melalui pengedar rasmi Razer dan juga Razer.com.

Sohor Kini